Mungkin sebahagian daripada kita mengalami migrain.Apa itu migrain?Macam mana migrain tu?Soalan -soalan ini pasti ditanya oleh sesiapa yg jarang mendengarnya atau tak pernah merasainya tul tak...erm.Jawapan ringkas yang selalu saya jawab 'Migrain itu ,kalu dah jadi pasti akan sakit sebelah kepala'.Itulah jawapan paling pendek utk menggambarkan migrain.Sakit kepala tp sebelah sahaja dan sakitnya bukan kepalang.Sakitnya seperti saraf otak kita ditarik .Mula-mula sebelah kepala sahaja ,lama-kelamaan seluruh kepala juga akan terkesan.Saraf mata juga boleh terganggu dan ada kes,pesakit dapat melihat satu
jalur berwarna -warni serta bercorak-corak dalam matanya.Jalur ini juga berkelip-kelip dan boleh juga mengganggu pandangan seseorang itu.Kalau hendak membaca memang susah kalau jalur ini terhasil.Saya pernah juga bertanya kepada doktor samada hal ini berkait dgn migrain atau sebaliknya.Doktor mengiyakan bahawa ini sememangnya salah satu petanda seseorang itu sedang mengalami migrain.Jika kepala sebelah kiri mengalaminya,saraf badan sebelah kanan akan terasa kejang atau agak terganggu dari segi pergerakan dan begitulah sebaliknya.
Beberapa tips boleh pesakit amalkan untuk mengurangkannya:
- Kurangkan meminum minuman yang berunsurkan cafein spt nescafe,ali cafe atau sebagainya
- Jgn makan terlalu byk coklat
- Kalau selalu suka makan daging kambing ,kurangkanlah
- Kawal stress dgn berkongsi masalah dgn rakan-rakan atau ahli keluarga atau menghirup udara segar dan sebagainya
- Tidur yg cukup...jgn selalu tidur lewat!!
- Bykkan bersolat tahajud dan berzikir
Sebenarnya penyakit ini tidak ada ubat khusus utk menghilangkannya.Jadi,penyakit ini bergantung kepada sejenis ubat atau
pain killer yang dinamakan
Postan dan bagaimana pesakit itu dapat mengawal pemakanan serta stressnya. Ubat ini dapat menghilangkan rasa sakit dalam masa l5 minit atau 10 minit!!!Doktor menasihatkan supaya mengambilnya jika terlalu sakit saja.Sebelum mengambilnya,hendaklah mengalas perut terlebih dahulu kerana ubat ini juga mampu mengakis perut.