Saya ada mendengar ceramah Mufti Australia yang datang ke Universiti saya di sini,Universiti Malaysia Pahang.Byk kupasan menarik dpt kita dengar dan dijadikan panduan hidup kita sebagai muslimin.
Pernah terfikir ,kenapa ketika kita berdoa,kedua-dua telapak tangan kita menghadap ke langit?Adakah sebab rahmat Allah turun dan kita menadahnya?Adakah sebab Allah itu berada di atas sana?
>Sebenarnya kiblat doa itu adalah di atas .Setiap kali kita hendak berdoa maka kita mengangkat tangan dan kedua telapaknya hendaklah menghadap kiblat yg menghala ke langit.Bukanlah kerana Allah itu berada di atas atau kita menadah apa2 yg turun daripadaNya.
Begitulah halnya,kita bersolat dan menghadap Kaabah (kiblat solat).Tidak bermakna Allah itu berada di dalam Kaabah.Allah itu tidak bertempat-tempat atau berarah-arah.
Pernah kita terdengar perkataan 'Agama-agama langit'? seringkali juga kita terdengar dan mengucapkannya betul tak.
>Sebenarnya perkataan ini adalah salah sama sekali kerana agama itu hanyalah SATU dan tidak mungkin bervariasi sama sekali.Lain jikalau kita menyebut syariat-syariat langit kerana syariat yg Allah turunkan itu pelbagai dan begitu juga kitab-kitab langit.Kitab-kitab ini beraneka iaitu Zabur,Injil,Taurat,Al-Quran....
Pernah kita terdengar,setiap malam Allah akan turun ke bumi dan mendengar doa hambaNya ?atau Allah itu berulang alik dr arasy ke bumi utk mendengar doa hambaNya?
>Sebenarnya,ini adalah salah sama sekali kerana perkara ini cukup bercanggah dan telah diwujudkan oleh satu golongan sesat yg mengaku mereka ialah Islam.Perkara-perkara lain yang bercanggah daripada golongan ini:
-Nabi Muhammad s.a.w tak dpt memberi manfaat di akhirat nanti .Baginda mati dan
dianggap bangkai sahaja.
-Tidak membenarkan membaca Al-Quran utk org yg telah mati
No comments:
Post a Comment