Sunday, February 1, 2009

DEMI PALESTINE!!!!!!!

palestine Pictures, Images and Photos


palestine Pictures, Images and Photos



Sebagaimana kita dengar daripada media massa ,cukup hangat diberitakan tentang kekejaman rejim zionis ke atas Palestin.Pelbagai kempen digandakan di serata dunia terutamanya memboikot barangan yg masih 'berbau' Israel.Adakah kita mengambil peduli akan hal ini?Tapi dalam ramai umat manusia yg bergelar muslim itu,masih ada yg memperlekehkannya,malah mempertikaikannya.

>>Contohnya ada yang siap kata 'Utk ape boikot??!!!','Nape baru sekarang nak boikot?!!dulu tak?!!!'....bukan setakat itu saja ...kalau saya katakan ini mungkin ada antara kita yang terkejut!!Saya pernah terbaca satu forum ...saya petik sikit kata2nya yg juga merupakan seorang muslim seperti kita.Dia kata 'Ape susah!!Serahkan je tebing Gaza itu kepada Israel!!!!Korang tak bace buku sejarah ke??!!Kan dari dulu Yahudi tu memang nk tebing Gaza ..drpd membiarkn lebih ramai terkorban,baik2 serahkan sj tebing tu!!!!Utk ape nk sibuk2 boikot??!!boleh ke kite hidup dgn care cm tu??!!'

--->Mungkin antara kita berasa geram dgn ayat-ayat ini tetapi kita harus juga berfikir mungkin budak ini masih tidak dpt menjawab persoalan dlm fikirannya.Saya pernah mendengar satu ceramah oleh Ustaz Azmi Debok di masjid UMP.Jika kita mampu memboikot barang-barang Israel ,ini melambangkan kekuatan iman seseorang itu di mana dia empunya kekuatan utk tidak menyokong sesuatu yg tidak sepatutnya.Jika dia menyokong barangan ini,wang yg dialirkan inilah yg menjadi titik tolak utk menjadi hasil lumayan ke negara rejim tersebut.Jumlah wang ini berdasarkan kepada percentnya yg tertentu.Daripada sinilah puak-puak rejim ini membina persekolahan anak-anaknya dan juga menyalurkannya kepada 'dana' persenjataan mereka.

---->Ada satu lagi ayat yg mungkin juga antara kita pernah mendengarnya;
'Semua itu bergatung pada niat!!Kita membelinya utk makan dan minum!!'... Cuba fikirkan balik,di mana hendak diletakkan 'niat' itu padahal 'niat' inilah yg secara tidak sedar menjatuhkan empayar Palestin yg dulu tersergam gagah.Bayangkan drpd sekecil-kecil benda ( 'niat '), akhirnya membawa sesuatu bencana yg tidak pernah diundang!!

>>Fikir2lah ...dgn usaha kita walaupun kecil pada saat ini,tapi kita masih mampu mencetuskan fenomena yg dahsyat utk membela empayar Palestin.Jgnlah kita memperlekehkannya dan bermegah kita berada di tempat yg selesa.Bagaimana saudara kita di sana?anak-anak mereka yg tidak makan ..dahaga...malah ditembak meski merayu-rayu supaya ibu dan nenek mereka tidak diseksa...akhirnya tumpas di tangan rejim begitu sahaja.Usahlah kita di sini sibuk mengutuk-ngutuk dan mengumpat serta menjatuhkan bangsa kita sendiri..apatah kita ini sesama muslim..adakah kita perlu bercakaran utk perkara kecil??ejek-mengejek sesuka hati??Padahal di sana,tidak ada langsung utk perkara-perkara sebegitu.....setiap saat mereka hanya berfikir cara utk berjuang dan berhadapan dgn kematian..kata-kata ini utk semua termasuk diri saya sendiri.Moga kita mampu berjuang dan bersatu di bawah sinar redhaNya.InsyaAllah.

No comments: