Wednesday, April 8, 2009

salam alaykum =)

blue sky Pictures, Images and Photos


salam alaykum .... ;)

long time... i didnt sign in my blogspot coz quit bz wif my final project...:)...i juz finished my psm presentation... it started at 8.30 am but i ought to wait becoz i was second last presentor...
erm....so i feel so happy becoz i tried to workout for dis project but it still cant fulfill my desire ..i need to explore more about another systems or projects...it is not enough to me...even psm already ended ...knowledge must be explored..now,always and forever!
InsyaAllah.. i will attach my pictures of psm project in this blogspot...laterss!!huhu

Juz wait and check it out!!

Sunday, February 1, 2009

DEMI PALESTINE!!!!!!!

palestine Pictures, Images and Photos


palestine Pictures, Images and Photos



Sebagaimana kita dengar daripada media massa ,cukup hangat diberitakan tentang kekejaman rejim zionis ke atas Palestin.Pelbagai kempen digandakan di serata dunia terutamanya memboikot barangan yg masih 'berbau' Israel.Adakah kita mengambil peduli akan hal ini?Tapi dalam ramai umat manusia yg bergelar muslim itu,masih ada yg memperlekehkannya,malah mempertikaikannya.

>>Contohnya ada yang siap kata 'Utk ape boikot??!!!','Nape baru sekarang nak boikot?!!dulu tak?!!!'....bukan setakat itu saja ...kalau saya katakan ini mungkin ada antara kita yang terkejut!!Saya pernah terbaca satu forum ...saya petik sikit kata2nya yg juga merupakan seorang muslim seperti kita.Dia kata 'Ape susah!!Serahkan je tebing Gaza itu kepada Israel!!!!Korang tak bace buku sejarah ke??!!Kan dari dulu Yahudi tu memang nk tebing Gaza ..drpd membiarkn lebih ramai terkorban,baik2 serahkan sj tebing tu!!!!Utk ape nk sibuk2 boikot??!!boleh ke kite hidup dgn care cm tu??!!'

--->Mungkin antara kita berasa geram dgn ayat-ayat ini tetapi kita harus juga berfikir mungkin budak ini masih tidak dpt menjawab persoalan dlm fikirannya.Saya pernah mendengar satu ceramah oleh Ustaz Azmi Debok di masjid UMP.Jika kita mampu memboikot barang-barang Israel ,ini melambangkan kekuatan iman seseorang itu di mana dia empunya kekuatan utk tidak menyokong sesuatu yg tidak sepatutnya.Jika dia menyokong barangan ini,wang yg dialirkan inilah yg menjadi titik tolak utk menjadi hasil lumayan ke negara rejim tersebut.Jumlah wang ini berdasarkan kepada percentnya yg tertentu.Daripada sinilah puak-puak rejim ini membina persekolahan anak-anaknya dan juga menyalurkannya kepada 'dana' persenjataan mereka.

---->Ada satu lagi ayat yg mungkin juga antara kita pernah mendengarnya;
'Semua itu bergatung pada niat!!Kita membelinya utk makan dan minum!!'... Cuba fikirkan balik,di mana hendak diletakkan 'niat' itu padahal 'niat' inilah yg secara tidak sedar menjatuhkan empayar Palestin yg dulu tersergam gagah.Bayangkan drpd sekecil-kecil benda ( 'niat '), akhirnya membawa sesuatu bencana yg tidak pernah diundang!!

>>Fikir2lah ...dgn usaha kita walaupun kecil pada saat ini,tapi kita masih mampu mencetuskan fenomena yg dahsyat utk membela empayar Palestin.Jgnlah kita memperlekehkannya dan bermegah kita berada di tempat yg selesa.Bagaimana saudara kita di sana?anak-anak mereka yg tidak makan ..dahaga...malah ditembak meski merayu-rayu supaya ibu dan nenek mereka tidak diseksa...akhirnya tumpas di tangan rejim begitu sahaja.Usahlah kita di sini sibuk mengutuk-ngutuk dan mengumpat serta menjatuhkan bangsa kita sendiri..apatah kita ini sesama muslim..adakah kita perlu bercakaran utk perkara kecil??ejek-mengejek sesuka hati??Padahal di sana,tidak ada langsung utk perkara-perkara sebegitu.....setiap saat mereka hanya berfikir cara utk berjuang dan berhadapan dgn kematian..kata-kata ini utk semua termasuk diri saya sendiri.Moga kita mampu berjuang dan bersatu di bawah sinar redhaNya.InsyaAllah.

Friday, January 23, 2009

Penyakit Migrain

Mungkin sebahagian daripada kita mengalami migrain.Apa itu migrain?Macam mana migrain tu?Soalan -soalan ini pasti ditanya oleh sesiapa yg jarang mendengarnya atau tak pernah merasainya tul tak...erm.Jawapan ringkas yang selalu saya jawab 'Migrain itu ,kalu dah jadi pasti akan sakit sebelah kepala'.Itulah jawapan paling pendek utk menggambarkan migrain.Sakit kepala tp sebelah sahaja dan sakitnya bukan kepalang.Sakitnya seperti saraf otak kita ditarik .Mula-mula sebelah kepala sahaja ,lama-kelamaan seluruh kepala juga akan terkesan.Saraf mata juga boleh terganggu dan ada kes,pesakit dapat melihat satu jalur berwarna -warni serta bercorak-corak dalam matanya.Jalur ini juga berkelip-kelip dan boleh juga mengganggu pandangan seseorang itu.Kalau hendak membaca memang susah kalau jalur ini terhasil.Saya pernah juga bertanya kepada doktor samada hal ini berkait dgn migrain atau sebaliknya.Doktor mengiyakan bahawa ini sememangnya salah satu petanda seseorang itu sedang mengalami migrain.Jika kepala sebelah kiri mengalaminya,saraf badan sebelah kanan akan terasa kejang atau agak terganggu dari segi pergerakan dan begitulah sebaliknya.

Beberapa tips boleh pesakit amalkan untuk mengurangkannya:

  • Kurangkan meminum minuman yang berunsurkan cafein spt nescafe,ali cafe atau sebagainya
  • Jgn makan terlalu byk coklat
  • Kalau selalu suka makan daging kambing ,kurangkanlah
  • Kawal stress dgn berkongsi masalah dgn rakan-rakan atau ahli keluarga atau menghirup udara segar dan sebagainya
  • Tidur yg cukup...jgn selalu tidur lewat!!
  • Bykkan bersolat tahajud dan berzikir

Sebenarnya penyakit ini tidak ada ubat khusus utk menghilangkannya.Jadi,penyakit ini bergantung kepada sejenis ubat atau pain killer yang dinamakan Postan dan bagaimana pesakit itu dapat mengawal pemakanan serta stressnya. Ubat ini dapat menghilangkan rasa sakit dalam masa l5 minit atau 10 minit!!!Doktor menasihatkan supaya mengambilnya jika terlalu sakit saja.Sebelum mengambilnya,hendaklah mengalas perut terlebih dahulu kerana ubat ini juga mampu mengakis perut.

Sunday, December 28, 2008

SeLaMAt tAhUn BaRu MaAL hIJrAh



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH :-)

Men's Health

Men's Health is one of my favourite magazines.I got a lot of knowledge through this popular magazine.If you want to buy this magazine,you have to make sure either it is from oversea or Malaysia by looking at its front page.They were labeled already.We also can distinguish their thickness which from oversea have more pages than local.I believe sum of us think that there are more infos if they're from oversea rite??Why??because of their thickness!!!Perhaps!

In my opinion,this magazine is very nice for every men either body builder or anyone .It shows us how to get good diet with giving proper menu for daily....how to workout by following fixed steps...what type of foods are suitable for gaining muscles....nice tips to get good image to be uber or metro men...shows particular or special products for men....what are you waiting for??buy one!huhu

Serba sedikit diambil drpd ceramah Mufti Australia

Allah Pictures, Images and Photos


Saya ada mendengar ceramah Mufti Australia yang datang ke Universiti saya di sini,Universiti Malaysia Pahang.Byk kupasan menarik dpt kita dengar dan dijadikan panduan hidup kita sebagai muslimin.

Pernah terfikir ,kenapa ketika kita berdoa,kedua-dua telapak tangan kita menghadap ke langit?Adakah sebab rahmat Allah turun dan kita menadahnya?Adakah sebab Allah itu berada di atas sana?

>Sebenarnya kiblat doa itu adalah di atas .Setiap kali kita hendak berdoa maka kita mengangkat tangan dan kedua telapaknya hendaklah menghadap kiblat yg menghala ke langit.Bukanlah kerana Allah itu berada di atas atau kita menadah apa2 yg turun daripadaNya.

Begitulah halnya,kita bersolat dan menghadap Kaabah (kiblat solat).Tidak bermakna Allah itu berada di dalam Kaabah.Allah itu tidak bertempat-tempat atau berarah-arah.

Pernah kita terdengar perkataan 'Agama-agama langit'? seringkali juga kita terdengar dan mengucapkannya betul tak.

>Sebenarnya perkataan ini adalah salah sama sekali kerana agama itu hanyalah SATU dan tidak mungkin bervariasi sama sekali.Lain jikalau kita menyebut syariat-syariat langit kerana syariat yg Allah turunkan itu pelbagai dan begitu juga kitab-kitab langit.Kitab-kitab ini beraneka iaitu Zabur,Injil,Taurat,Al-Quran....

Pernah kita terdengar,setiap malam Allah akan turun ke bumi dan mendengar doa hambaNya ?atau Allah itu berulang alik dr arasy ke bumi utk mendengar doa hambaNya?

>Sebenarnya,ini adalah salah sama sekali kerana perkara ini cukup bercanggah dan telah diwujudkan oleh satu golongan sesat yg mengaku mereka ialah Islam.Perkara-perkara lain yang bercanggah daripada golongan ini:

-Nabi Muhammad s.a.w tak dpt memberi manfaat di akhirat nanti .Baginda mati dan
dianggap bangkai sahaja.
-Tidak membenarkan membaca Al-Quran utk org yg telah mati

Monday, December 22, 2008



MUHAMMAD MANUSIA AGUNG KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari
luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu
hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

PS:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.